Ia adalah hasil kami membuat konten video di Facebook. Sengaja saya tunjuk income anak murid saya tu bagi membuktikan bahawa anda juga tak mustahil boleh dapat hasil Facebook monetization lebih banyak daripada saya walaupun saya yang mengajar anda cara-cara buat duit di Facebook dengan cara Facebook Monetization. Ini bermakna anak murid pun boleh lebih berjaya berbanding “tok guru”.
Hai saya AMAR. Saya seorang content creator, peguam, influencer, artis nasyid dan ahli silap mata. Saya adalah antara orang terawal yang menjana duit di Facebook dengan membuat pelbagai jenis konten di page saya iaitu sejak tahun 2018 lagi. Saya nak berkongsi dengan anda satu perkara menarik mengenai Facebook monetization.
Secara ringkas, kita buat konten video di Facebook, pihak Facebook akan bayar kita berdasarkan iklan daripada advertiser yang masuk ke dalam konten video kita. Lagi banyak orang yang menonton video kita, lagi banyaklah iklan yang masuk ke dalam video kita.
Maka lagi banyaklah duit yang kita akan dapat. Ini adalah contoh iklan yang masuk ke dalam video:
Ia adalah alternatif terbaik para content creator ketika ini. Sebab-sebabnya antaranya adalah seperti berikut:-
Sebelum ini saya aktif membuat konten di Tiktok dan Youtube. Disebabkan kita tak dapat monetize video di Tiktok, maka ia menjadi tak relevan untuk saya setakat sekarang. Ini kerana saya suka buat konten video yang mendatangkan hasil monetization.
Adapun di Youtube, disebabkan sekarang saya perhatikan Youtube bersifat pilih kasih kerana mereka lebih mengutamakan konten video yang dirakam menggunakan kamera mahal dan berkualiti serta editing yang premium, kini saya beralih dengan hanya membuat konten di Facebook.
Youtube sekarang bersifat pilih kasih mungkin kerana kini mereka perlu menjaga kualiti dengan mengutamakan video-video yang persis terbitan production house atau rancangan TV.
Ini kerana sekarang orang sudah boleh menonton Youtube di TV dan Youtube sekarang sudah diibaratkan seperti sebuah stesen TV.
Berbeza dengan Facebook. Facebook sering viralkan video sesiapa sahaja walaupun kualiti rakaman video tersebut berstatus “cap ayam” kerana hanya dirakam menggunakan kamera smartphone biasa. Asalkan pengisiannya menarik, ia pasti akan tersebar secara meluas.
Tengok ni. Ini video saya yang telah mendapat 13 juta views di Facebook.
Akan tetapi, video yang sama saya upload ke Youtube hanya mendapat 5000 views.
Ini menunjukkan bahawa Facebook tidak memilih kasih. Asalkan pengisiannya menarik, walaupun rakaman dan editing biasa-biasa, ia akan menjadi viral atau mendapat engagement yang bagus.
Ini menjadikan platform Facebook sesuai untuk saya dan juga anda semua untuk berkarya dan membuat konten video. Ini kerana konsep konten video saya dan kebanyakan orang adalah jenis ‘raw’, spontan, santai dan ringkas. Adakalanya saya tak edit langsung video saya dan terus sahaja upload sebaik selepas rakam konten. Demikianlah juga kebanyakan kita. Tak ramai orang yang ada kamera mahal dan juga tak ramai yang pandai edit video agar kelihatan premium. Hanya buat video yang biasa-biasa atau sederhana saja pun sudah cukup untuk menjana wang di Facebook.
Walau bagaimanapun, jika kita buat konten video dengan rakaman dan editing yang berkualiti, ia akan memberi nilai tambah kepada konten kita dan menjadikan akaun Facebook/page kita kelihatan lebih berprestij.
Maka anda perlu mengambil kesempatan ini kerana konten-konten ketika ini mudah untuk mendapat engagement atau tontonan berbanding dulu-dulu.
Ketika ini Facebook adalah merupakan media sosial yang paling popular dan top mengalahkan Youtube, Tiktok, Instagram, X/Twitter dan banyak lagi. Ini bermakna, ia adalah platform media sosial yang paling berprestij dan mempunyai ramai pengguna/audien untuk anda berkarya. Karya anda akan tersebar kepada lebih ramai orang.
Saya ada lebih 200,000 subscribers di Youtube dan sudah lebih 6 tahun menjadi Youtuber. Sepanjang saya promosikan produk dan perkhidmatan saya di Youtube dengan cara buat video mengenainya, sekali pun tak pernah ada orang beli produk atau dapatkan perkhidmatan saya. Ini kerana di Youtube, ia bukanlah satu budaya dan tempat orang untuk membeli belah atau mencari perkhidmatan.
Akan tetapi di Facebook, setiap bulan ada sahaja orang yang dapatkan perkhidmatan saya seperti perkhidmatan guaman, persembahan nasyid, silap mata dan sebagainya. Apabila saya promote barang, sekejap je ada orang beli. Saya pernah menjual pelbagai jenis barangan silap mata. Laku keras!
Saya pernah iklankan dan nak jual kereta saya. Tak sampai 2 minit dah ada orang beli. Saya pernah post nak jual set kamera mahal saya yang berharga RM3500. Tak sampai sehari sudah ada orang beli.
Oleh itu, Facebook pilihan terbaik untuk anda berkarya. Sambil menyelam sambil minum air. Jika anda ada produk dan perkhidmatan, ia mudah untuk terjual di Facebook.
Ini kerana di Facebook ada budaya membeli dan mendapatkan perkhidmatan kerana ramai penggunanya jenis orang yang berduit dan sudah mempunyai kerjaya dan pendapatan yang stabil.
PERHATIAN: Sekarang anda sudah boleh letak “beg kuning” pada video Facebook anda sebagaimana di video TikTok. Maka anda boleh masukkan misalnya link produk atau link affiliate pada video anda. Saya ada ajar dalam ebook ini.
Oleh itu, kepada anda yang buat Shopee Affiliate, memang rugi tahap gaban la jika anda tak dapatkan ebook ini. Boleh menyelam sambil minum air!
Di Youtube dan di platform-platform lain, ia sudah menjadi tempat lambakan content creator jenis video. Misalnya anda buat konten video niche makanan, di Youtube ada beratus ribu content creator yang buat konten video niche makanan di Youtube. Tidak seperti di Facebook, content creator jenis video di Facebook masih kurang kerana kebanyakan pengisian di Facebook adalah jenis tulisan dan gambar.
Sebab itulah sekarang video susah untuk mendapat view di Youtube kerana perlu bersaing dengan ramai content creator yang besar dan ternama serta mempunyai kelengkapan yang mahal dan berkualiti.
Memanglah boleh dapat income besar jika menjadi content creator di Youtube. Tapi kos pembikinan konten pun besar kerana perlu bersaing dari segi kualiti peralatan, video, editing dan banyak lagi. Oleh itu, Youtuber kadang-kadang dapat untung jadi sikit saja sebab kos pembikinan konten yang tinggi ditolak daripada hasil keuntungan.
Oleh itu, anda perlu rebut peluang ini untuk menjadi antara content creator jenis video yang terawal di Facebook. Siapa yang bermula awal dan menjadi ‘pioneer’, biasanya nama dan kontennya lebih mudah untuk naik dan menjadi terkenal.
Di Facebook tiada istilah konten kanak-kanak. Konten kanak-kanak adalah konten yang ada unsur kanak-kanak atau penglibatan kanak-kanak.
Konten kanak-kanak seperti mainan dan pendidikan amat mudah untuk mendapat tontonan atau engagement. Tetapi di Youtube, konten kanak-kanak telah dihadkan daripada mendapat income yang setara dengan konten biasa. Misalnya jika sejuta tontonan konten biasa boleh dapat sebanyak RM3000, sejuta tontonan konten kanak-kanak pula hanya boleh dapat sebanyak RM30 sahaja.
Berbeza dengan Facebook, kebiasaannya income konten kanak-kanak dan konten biasa adalah lebih kurang sahaja. Ia tidak mendiskriminasi content creator yang menghasilkan konten kanak-kanak misalnya seperti aktiviti bersama anak, kuiz kanak-kanak, pendidikan sekolah rendah, hiburan kanak-kanak, review mainan dan banyak lagi.
Saya banyak buat konten mainan. Di Youtube sangat ciput hasilnya. Tapi di Facebook memang lumayan!
Sebab anda semua sudah sedia maklum dengan sistem Facebook. Anda sudah sedia ada akaun Facebook. Anda jumpa iklan ebook saya ni pun di Facebook. Setiap hari anda layan Facebook di smartphone anda. Anda ada smartphone dan memegangnya setiap masa, maka anda sudah sedia ada alat untuk buat konten video dan cari bahan-bahan konten video anda. Ini bermakna workstation kerja sentiasa bersama anda 24 jam. Anda sudah tahu cara-cara untuk upload video. Anda sudah pun ‘familiar’ dengan banyak perkara di Facebook dan berkaitan Facebook. Pendek kata, rugi giler la kalau anda tak cuba untuk jana wang di Facebook.
Dan banyak lagi sebab. Cukuplah setakut tujuh sebab ini sahaja.
Oleh kerana terlalu banyak permintaan daripada follower saya yang meminta supaya saya mengajar mereka mengenai cara-cara buat duit dengan Facebook Monetization, maka saya pun menghasilkan ebook istimewa ini berjudul…
Ini adalah screenshot bahagian isi kandungan Ebook JOM BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK MONETIZATION!
Di dalam ebook JOM BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK MONETIZATION! Anda akan mempelajari antaranya perkara-perkara seperti berikut:
Di dalam ebook JOM BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK MONETIZATION! ini juga saya akan ajar dan dedahkan kepada anda bagaimana cara-cara kawan a.k.a. anak murid saya menjana lebih RM95,000 sebulan. Anda pasti akan terkejut dengan pendedahan ini kerana tekniknya sangat mudah dan sesiapa sahaja boleh buat asalkan ada banyak masa.
Saya pun boleh buat. Cuma, selain content creator, saya adalah seorang yang mencintai kesemua kerjaya saya yang lain seperti peguam, penyanyi, ahli silap mata, komposer dan sebagainya. Maka dengan itu, setakat sekarang saya tak berapa ada banyak masa. Tambahan pula selaku peguam, keutamaan saya adalah kepentingan anak guam saya.
Oleh itu, daripada teknik dan rahsia buat duit yang lumayan seperti ini disia-siakan begitu sahaja, izinkan saya perturunkan ilmu ini kepada anda!
Perlu diingatkan kepada anda yang sudahpun dapat monetize konten di Facebook!
Terlalu banyak kes kelayakan monetize ini ditarik balik. Ada yang baru je dapat monetize seminggu, kemudian terpaksa berputih mata melihat Facebook hilang kelayakan monetize.
Sebab itulah juga anda perlu dapatkan ebook ini walaupun anda sudah layak monetize. Di dalamnya juga ada ajar cara-cara untuk anda hindar daripada hilang kelayakan monetize.
Bagi yang tak tahu nak buat konten video apa, anda janganlah risau. Di dalam ebook ini saya ada ajar sebanyak 105 idea konten video terbaik dan mudah bagi orang yang tak tahu nak buat konten apa.
Saya bersama para team profesional berpengalaman yang pakar tentang konten serta idea video telah melaburkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membuat kajian, carian dan penyelidikan yang mendalam berkaitan jenis video ataupun konten yang paling mudah, tidak memerlukan kos yang tinggi atau tak memerlukan kos langsung, berbaloi dan dapat menarik penonton yang ramai.
Ini bermakna, anda hanya perlu mengeluarkan sedikit modal sahaja atau tak perlu keluarkan modal langsung untuk menghasilkan video. Walaupun kos rendah atau tak memerlukan kos langsung, kesemua 105 idea konten ini dapat menarik view yang banyak kerana ianya konten yang unik dan ramai penonton menyukainya.
Sebagai contoh, untuk menghasilkan konten animasi, dokumentari, lagu dan sebagainya, ianya susah dan memerlukan kos yang tinggi. Walaupun dapat menarik view yang banyak, kadang-kadang ianya berisiko tak balik modal.
Sebagai contoh di platform Youtube, saya kenal seorang artis yang telah menghasilkan 1 lagu. Untuk dia menghasilkan lagu tersebut melibatkan kos pembikinan muzik, sewa studio, penerbit, mixing, mastering, video klip, pelakon/model videoklip dan banyak lagi. Kos kesemuanya dalam RM15,000 untuk satu lagu. Lagu tersebut dia monetize di Youtube dan mendapat 3 juta views.
Tapi 3 juta views tu dia hanya dapat sekitar RM10,000 sahaja. Padahal kos untuk dia hasilkan lagu tersebut adalah RM15,000.
Justeru, saya juga akan bantu anda semua untuk mengajar 105 idea konten yang menarik, mudah dan murah atau tak perlukan kos langsung kepada anda bagi memudahkan lagi anda menjana wang di Facebook. Setiap 105 idea yang diberi, lengkap dengan penerangan dan cara-cara untuk anda hasilkannya.
Selain itu, setiap satu idea tersebut membolehkan anda buat banyak video secara bersiri. Bukan satu video saja tau! Siap boleh buat page atau akaun Facebook khas untuk setiap satu idea. Berbaloi kan?
Bagi anda yang tak pandai buat video, di dalam ebook ini saya juga akan mengajar anda cara-cara monetize video tanpa buat video. Fuh! Hebat tu. Tak payah hasilkan video pun boleh monetize video. Dapatkan ebook ini segera untuk tahu cara-caranya!
Anda akan belajar hal mengenai CPM. Ia bagi memastikan anda mendapat income monetization yang maksimum. Barulah hasil usaha anda berbaloi. Lihat gambar di bawah ini. Sebelah kanan view banyak dan mendapat 2000USD. Sebelah kiri view sikit, tapi mendapat 2000USD juga. Ilmu CPM ini juga boleh dikatakan sebagai teknik view sikit tapi income banyak.
Jumlah tontonan video amat penting dalam Facebook monetization. Jika video kita ada banyak tontonan barulah kita dapat duit hasil monetization yang banyak. Maka, di dalam ebook ini saya akan ajar anda banyak tips dan strategi berkesan untuk tingkatkan view video.
Contoh view konten-konten video saya di Facebook page:
Untuk lebih mudah buat duit dalam Facebook monetization, anda perlu bina page anda agar ia menjadi terkenal dan mempunyai ramai follower. Saya akan ajar anda pelbagai tips yang terbukti berkesan untuk membina page anda.
P/S: Saya hampir lupa yang saya ni juga pernah mendapat tauliah ‘Google Ads certified’. Ini menunjukkan bahawa saya memiliki ilmu yang mendalam berkaitan hal-hal yang terkandung di dalam ebook ini. Rujuk gambar-gambar di bawah:
Hah! Tudia… Saya tulis tajuk pengisian ebook saya ni huruf besar kesemuanya menandakan ia sangat hebat dan menarik. Sebab apa? Sebab dalam dunia ni belum ada satu pun media sosial yang dapat kita monetize tulisan dan gambar tanpa perlu bayar apa-apa. Selain itu, belum ada satu pun media sosial yang dapat kita monetize tulisan dan gambar yang ada peraturan yang jelas dan sistem yang lengkap melainkan Facebook sahaja.
Ini memberi kelebihan kepada orang yang suka atau pandai menulis seperti menulis posting yang kelakar, menulis pengalaman dan cerita peribadi seperti menulis blog, menulis cerpen, menulis kata-kata hikmah, menulis ayat “deep”, menulis berita semasa, menulis tips, nasihat dan sebagainya.
Lihat posting tulisan saya yang ringkas ini.
Posting tulisan ringkas ini sahaja saya telah mendapat sebanyak 63.44USD yang bersamaan dengan RM285.
Hal ini juga memberi kelebihan kepada orang yang suka atau pandai membuat perkara-perkara berkaitan dengan gambar seperti melukis kartun, membuat meme, infografik, fotografi pemandangan atau perkara-perkara menarik dan banyak lagi.
Lihat posting gambar (kartun) saya yang ringkas ini. Kartun ni saya lukis tak sampai pun 4 minit.
Posting kartun ringkas ini sahaja saya telah mendapat sebanyak 75.83USD yang bersamaan dengan RM341.
Ketika saya tak ada idea nak buat konten tulisan atau gambar, saya hanya screenshot komen netizen dan post.
Screenshot komen netizen ini sahaja saya telah mendapat sebanyak 45.54USD yang bersamaan dengan RM204.
Sebelum ini saya ada ceritakan tentang kawan saya telah mendapat income monetization sebanyak lebih RM95,000 sebulan. Hasil sebanyak itu dia perolehi dengan hanya membuat konten jenis video sahaja.
Pada ketika itu tulisan dan gambar masih belum boleh monetize lagi seperti sekarang. Bayangkan sekarang ni tulisan dan gambar pun kita sudah boleh monetize. Pasti lebih masyuk!
Oleh itu, jadilah orang terawal yang layak untuk monetize gambar dan tulisan. Ini kerana saya khuatir jika kelayakan ini bersifat terhad. Misalnya jika sudah mencapai kuota, pihak Facebook akan menutup kelayakan ini. Melepaslah nanti.
Ya… Selain kita dapat buat duit di Facebook dengan cara Facebook monetization, terdapat sekurang-kurangnya 4 lagi cara untuk kita buat duit dengan lumayan di platform ini. Segalanya akan saya dedahkan dalam ebook JOM BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK MONETIZATION!
Sebenarnya ada banyak lagi ilmu hebat mengenai Facebook monetization yang akan anda pelajari selepas anda memiliki ebook ini.
Tak rugi anda memilikinya.
Dalam ebook ini terdapat nasihat profesional berkaitan undang-undang dari saya yang merupakan peguam berlesen. Nasihat undang-undang ini akan menghalang anda daripada kehilangan duit atau melakukan perkara-perkara berisiko dalam hal berkaitan content creator dan Facebook monetization.
Sesi legal consultation bersama peguam atau bersama saya biasanya RM300 hingga RM500. Walaupun ebook ini terdapat nasihat undang-undang yang biasanya harga sebegitu, tetapi ebook ini harganya jauh lebih murah berbanding harga sesi legal consultation.
Sebenarnya saya nak ajar ilmu Facebook monetization ini dalam bentuk program fizikal dan face to face iaitu seperti kursus, seminar atau personal coaching yang memakan masa 3 hari.
Harganya adalah RM1,500 setiap perserta program. Akan tetapi saya nak memudahkan semua orang. Kalau buat kursus, seminar atau personal coaching secara fizikal, bukan sahaja anda kena bayar harga RM1,500. Anda kena datang ke tempat saya di Rawang. Ramai yang tinggal jauh dari tempat saya.
Kalau nak datang, anda kena adjust masa, kena sewa hotel, duit minyak, duit parking, pengangkutan, makan minum, tol dan banyak lagi kos. Kos sebenar yang anda perlu keluarkan mungkin lebih RM2,000. Adakalanya belajar dalam bentuk fizikal seperti ini mungkin akan ada ilmu yang anda tertinggal atau terlepas point.
Maka saya hasilkan ebook ini bagi memudahkan anda. Anda tak perlu bayar mahal-mahal dan tak perlu bayar lain-lain kos seperti di atas.
Ianya lebih lengkap dan menjimatkan masa. Masa anda untuk belajar ilmu ini menjadi fleksible. Anda boleh ulang rujuk. Yang paling penting ialah, harga ebook ini jaauuuuhh lebih murah berbanding jika saya buat dalam bentuk kursus, seminar atau personal coaching secara fizikal.
Ebook ini mengandungi sebanyak 227 muka surat.
Ia mudah difahami walaupun anda adalah seorang yang telah gagal peperiksaan SPM. Ia juga mesra pembaca. Ada gambar paparan dan rujukan supaya anda mudah belajar.
Ia juga bersifat interaktif kerana mengandungi button dan link yang boleh anda klik untuk lihat sesuatu, untuk anda tonton video tertentu dan untuk pergi ke website tertentu bagi memudahkan anda mempelajari ilmu ini.
Ada seorang ustaz terkenal yang juga merupakan seorang content creator di Facebook telah beritahu saya, ebook ini sepatutnya berharga sekurang-kurangnya RM5,000! Sebab ia mengandungi ilmu dan rahsia yang sangat banyak, ‘rare’ dan bagus.
Akan tetapi, saya tak mahu jual harga sebegitu. Mana korang nak cari duit banyak tu. Dalam tempoh promosi ini saya nak jual ebook ini dengan harga RM70 sahaja!
Harga ini khas untuk pembeli terawal sahaja. Selepas ini harga ebook ini akan dinaikkan dari semasa ke semasa selepas tamat tempoh masa yang diberikan seperti jadual berikut:
Anda jangan bagi alasan kononnya sibuk tak ada masa nak buat Facebook monetization. Saya yang peguam dan ada banyak kerjaya lain lagi ni pun ada masa. Jangan lepaskan peluang ini. Income kita dalam USD. Jadi kita tak risau kalau matawang Malaysia jatuh. Kalau jatuh lagilah kita kaya sebab tukaran matawang tinggi. Oleh itu jom dapatkan segera ebook ini!
P/S: Ebook adalah buku digital dalam bentuk PDF. Ia dibaca menerusi smartphone, laptop, tablet atau PC. Ebook akan dihantar kepada pembeli menerusi emel. Ebook bukannya buku fizikal. Tiada buku fizikal yang akan diposkan kepada anda.
© Amar.com.my – Ebook Facebook Monetization